Assalamualaikum w.b.t
jauh sekali aku nak kaitkan sebarang isu semasa sama ada yang berbau politik atau senang cite yang berkait dengan mane2 kerajaan dalam blog aku..
dan aku tak pernah lagi baca isi kandungan segala hal contohnyer isu kenaikan ape2, pengurangan subsidi ke...ape ke...
tapi...hari ini, aku baca ulasan bijak seorang mantan...so aku tak heran kalau beliau adalah salah seorang pakar ekonomi negara.. ape yang beliau cakap?...antaranya...
***
“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.
“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.
“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.
"Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak," katanya.
"Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.
Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.
Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.
“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.
“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.
Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.
Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.
TAPI YANG AKU TAK FAHAM...
Awal bulan ini, Perdana Menteri berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.
Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial. – 26 Disember, 2013.
*****
sangat tak faham kat mane kepentingan rakyat diambil peduli dan bila agaknya keluhan rakyat marhaen (macam aku ni) benar benar didengari....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan