baru kejap tadi buka website sebab terpengaruh.maaf x dapat nak bendung. tssk..
kadang pengaruh jadi lebih kuat sebab baki akaun di bank.percaya tak? dan aku jarang ada pengaruh yang ini.
tapi hari ni pengaruh baki akaun menyumbang kepada tabiat hilang akal aku.sekejap.ye sekejap je.
godek punya godek, tak sedar dah "add to cart" 3 items.tapi dalam hati masih separuh nyawa nak click checkout.nak beli LAGI!. =.=
sebelum tu aku sign up untuk website tu supaya senang membeli "in future". tengok,belum checkout lagi tapi dah ada cita-cita.bagus!
aku cuci mata lagi.ya..lagi.tak puas lagi tu.dasar. rasa macam berkuasa pula bila memikirkan akaun bank ada banyak baki.
jenama terkenal aku selongkar habis satu per satu.semuanya sebab nafsu. hakikatnya aku tak terdesak dari segi keperluan untuk memiliki barangan tersebut.
barangan yang aku "add to cart" tu sumpah memang murah gila.sangat sangat.
atau pun sebenarnya tak la murah tapi lebih selesa mengklik tetikus.more convenient orang kata.tak payah nk bayar parking,nak penat tawaf kawasan semua.kan.tau2 saja barang sampai depan mata.
dan sekarang..lagi seronok bila parcel yang sampai kat ofis tu adalah untuk kita.
berbalik kepada kisah "add to cart" aku tadi.
aku tak terdesak nak membeli tapi lebih kepada nak rasa seronok membeli di atas talian.aku pernah buat dulu.dulu la.
sekarang,aku nak lebih bijak.bukan dulu tak bijak.kan aku cakap...nak lebih.
mana2 keperluan,aku dahulukan. sebab kalau aku melampau, aku sendiri yang sakit.kalau tak sakit sekarang,esok lusa aku tak tau.
so aku banyak beringat.aku banyak fikir.
aku cuba elakkan dari memikir "kalau tak beli nanti menyesal"
mana nak? tak beli menyesal atau menyesal beli?
apa kesudahannya??
cepat2 aku logout.tegas dengan diri sendiri.tolong jangan definisikan ia sebagai kejam dengan diri sendiri.
cepat2 logout.kalau tak fikir sekali,kali kedua fikir mesti rasa nak kasihan kepada diri sendiri.itu adalah biasa.
aku tak pernah tak cukup makan setakat ini.cukup2 makan itu adalah perkara biasa.tapi aku selesa.sangat selesa jika dibandingkan dengan gelandangan.
barang-barang yang aku "add to cart" tu, tak mengapa, ada rezeki,pastinya tak kemana. keperluan anak2 alhamdulillah aku tak pernah kesampingkan.
dan aku selesa mencukupkan keperluan.walau pun hati meronta nak itu ini.biasa la. aku cuba memadam salah satu "tips kegembiraan" ini sebab buat masa sekarang belum sesuai sangat untuk aku. esok lusa pasti.
penat bekerja.aku reward diri aku dengan berfikir dengan lebih bijak. aku reward diri aku dengan melangsaikan yang pening kepala. bukan ke satu cabang peace of mind jugak? setuju?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan